Pegawai Kehormat (RELA) UTHM

Written by Mejar Kehormat (RELA) Mohd Hatta Bin Hj Mohamed Ali. Posted in BERITA RELASIS

BATU PAHAT 23 September 2011 - Seramai 23 orang pegawai dan pegawai pengurusan tertinggi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah dikurniakan pangkat kehormat RELA  bersempena dengan Majlis Pelancaran Buku Panduan Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS).

Pemberian pangkat kehormat itu terdiri dari Mejar Jeneral (1 orang) Brig. Jeneral (1 orang) dan Kolonel (1 orang). Sementara itu 2 orang menerima pangkat kehormat Lt. Kolonel dan 18 orang berpangkat Mejar. 

Pemberian pangkat itu adalah sebagai penghargaan daripada pihak Kementerian Dalam negeri kepada pihak UTHM yang telah berjaya menjadi IPT yang pertama di Malaysia menubuhkan Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS). Melaluinya diharap para Pegawai Kehormat akan dapat menyumbangkan khidmat bakti khususnya terhadap pasukan RELASIS UTHM dan pasukan RELA amnya. Perkara ini juga adalah sebagai galakan kepada orang ramai untuk bergiat dalam entiti sukarela seperti RELA. Ia akan mendorong kepada pemegang pangkat kehormat itu untuk aktif mencari ahli baru dan seterusnya meningkatkan jumlah keahlian RELA di seluruh negara.

Penganugerahan ini bermula sejak tahun 2006 dan telah diberikan kepada Ahli-ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan negeri, Pegawai-pegawai Kerajaan dan Pemimpin-pemimpin masyarakat.