Ketua Pengarah RELA

Written by Mejar Kehormat (RELA) Mohd Hatta Bin Hj Mohamed Ali. Posted in Berita RELA

datokp2

 

 

 

 

 

 

 

PROFAIL PERIBADI

Dato’ Mustafa bin Hj. Ibrahim

KELULUSAN :

  • MPIA (International Security Studies) University of Pittsburgh, Amerika Syarikat 1991
  • B.A (Hons) University Malaya 1981
  • Diploma Pengurusan Awam, INTAN 1982

RINGKASAN PERKHIDMATAN

Dato’ Mustafa bin Hj. Ibrahim telah mendapat Ijazah Sarjana Muda daripada Universiti Malaya B.A. (Hons) pada tahun 1981 dan Sarjana dalam Bidang Keselamatan Antarabangsa dari University Of Pittsburgh USA 1991. Beliau berasal dari Jerteh Terengganu dan memulakan karier dalam Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada tahun 1983. Beliau ditempatkan sebagai Penolong Setiausaha di Bahagian Hal Ehwal Polis, Kementerian Dalam Negeri. Pernah bertugas di pelbagai agensi kerajaan seperti Bahagian Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan, Negeri Melaka, Negeri Sembilan, Sabah, Jabatan Imigresen Malaysia, dan Jabatan Pendaftaran Negara. Sebelum ini beliau bertugas di Kedutaan Malaysia Beijing, China dari tahun 2004-2008 dan mulai Mei 2008 beliau telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) di Ibu Pejabat RELA Malaysia. Semasa menjadi Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), beliau telah terpilih untuk menjadi ahli NKRA Lab: Mengurangkan Jenayah di bawah PEMANDU, JPM. Mulai 20 Jun 2011 beliau telah dilantik sebagai Ketua Pengarah RELA Malaysia sehingga sekarang.

PINGAT DAN ANUGERAH

  • Anugerah Khidmat Cemerlang KDN 1992 dan 1993
  • Anugerah Khidmat Cemerlang MKN 1998
  • Darjah Kebesaran Ahli Setia Negeri Sembilan (A.N.S) tahun 1998
  • Bintang Ahli Setia Darjah Kinabalu (A.S.D.K) tahun 2001
  • Darjah Indera Mahkota Pahang (D.I.M.P) tahun 2008
  • Bintang Kesatria Mangku Negara (K.M.N) tahun 2011