Misi, Visi dan Objektif

Written by Mejar Kehormat (RELA) Mohd Hatta Bin Hj Mohamed Ali. Posted in RELA

VISI

  • Menjadi sebuah pasukan sukarelawan yang unggul.

MISI

  • Menyediakan sebuah pasukan sukarela sebagai penyumbang kepada kesejahteraan rakyat dan keselamatan setempat.

OBJEKTIF

  • Memelihara dan mengekalkan kesejahteraan rakyat serta keamanan dan keselamatan setempat dengan berkesan.

MOTTO

  • Setia Berbakti

Fungsi RELA

Perkhidmatan teras RELA adalah berlandaskan kepada konsep 4K:

  • Memastikan keselamatan setempat
  • Memastikan keamanan setempat
  • Memastikan kesejahteraan masyarakat setempat
  • Memastikan keharmonian masyarakat setempat

Fungsi dan tugas RELA

  • 'Mata dan telinga' kerajaan dalam aspek keselamatan, sosio ekonomi, pembangunan dan sebagainya.
  • Sebagai duta kecil kerajaan dalam penyebaran dan perlaksanaan dasar-dasar kerajaan.
  • Melaksanakan jaringan kerjasama dengan pasukan keselamatan dan lain-lain agensi penguatkuasaan.
  • Menjalankan aktiviti kemasyarakatan dan sosio-ekonomi setempat
  • Membangunkan modal insan melalui latihan yang bersesuaian