Misi, Visi dan Objektif RELASIS

Written by Mejar Kehormat (RELA) Mohd Hatta Bin Hj Mohamed Ali. Posted in RELASIS

Penubuhan sebuah pasukan sukarelawan berbentuk keselamatan di ipta adalah bertujuan bagi memantapkan semangat kesukarelawan, patriotisma, meningkatkan tahap disiplin dan membina semangat bekerjasama. Perkara ini bersesuaian dengan teras utama kursus kokurikulum ipt yang digariskan melalui perlaksanaan pelan strategik pengajian tinggi nasional (PSPTN). Melaluinya “gerak gelombang kesukarelawanan” akan dapat dilaksanakan. UTHM menempa sejarah negara apabila secara rasminya menjadi ipt pertama di malaysia yang menubuhkan Briged RELASIS UTHM pada 23 November 2011.

Matlamat utama penubuhan :

  • Memperkasakan kemahiran insaniah (soft skill)
  • Memupuk nilai jatidiri dan cintakan kepada tanah air.
  • Membina semangat bekerjasama dan kesukarelaan antara mahasiswa dengan masyarakat.

Objektif :

  • Melatih dan mendidik mahasiswa mengenai konsep kesukarelaan melalui aktiviti kemasyarakatan bagi menjamin kesejahteraan, keselamatan, keharmonian dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
  • Melahirkan mahasiswa yang bergiat aktif dengan RELASIS sebagai anggota RELA yang berkemahiran, berkaliber, berpendidikan, berintegriti, berdisiplin dan bertanggungjawab dalam melaksanakan tugas.
  • Meningkat dan menyemai semangat setiakawan demi memupuk perpaduan nasional.
  • Memupuk sikap toleransi dan bertolak ansur dalam perhubungan kaum.

Visi :

  • Menjadi sebuah apsukan sukarela yang unggul

Misi :

  • Menyediakan sebuah pasukan sukarela sebagai penyumbang kepada kesejahteraan dan keselamatan setempat