Sejarah Penubuhan RELASIS UTHM

Written by . Posted in RELASIS

BRIGED RELA SISWA SISWA (RELASIS) UTHM

SEJARAH PENUBUHAN RELASIA

  • Awal tahun 2010, satu perbincangan secara tidak formal antara wakil pihak UTHM dan ibupejabat RELA Malaysia (IPRM) telah diadakan semasa program lawatan Menteri Dalam Negeri ke Kawasan Parlimen Sembrong. Cadangan pemilihan UTHM sebagai universiti perintis dalam penubuhan RELA adalah di atas dasar di mana Menteri Dalam Negeri merupakan Menteri Mentor UTHM.
  • Pada 23 hingga 27 Mei 2010, Jabatan Kokurikulum UTHM dengan kerjasama Bahagian Latihan, Ibupejabat RELA Malaysia telah menganjurkan bengkel pembangunan silabus RELA di Johor Bahru. Setiap silabus dibentangkan bagi memastikan kedua-dua pihak memahami isi kandungan yang akan dipelajari oleh setiap pelajar. Outcome Based Education telah diterapkan secara langsung dalam proses pembangunan silabus ini.
  • Pada 15 Jun 2010, satu mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Dato’ Zaidon bin Haji Asmun (Mantan Ketua Pengara RELA) yang dihadiri oleh wakil Ibu pejabat RELA dan wakil UTHM bagi membincangkan penubuhan RELASIS di UTHM. Pada mesyuarat tersebut silabus RELA juga telah dibentangkan.
  • Hasrat RELA berada di Kampus telah direalisasikan Pada 9 Julai 2010, YB Dato’ Lee Chee Leong, Timbalan Menteri Dalam Negeri telah menyempurnakan majlis perasmian penubuhan Briged RELA UTHM.
  • Akhirnya, pada 19 November 2011 Majlis Pelancaran Buku Panduan Briged RELA Siswa Siswi (RELASIS) IPT dan Penganugerahan Pangkat Kehormat RELA UTHM telah disempurnakan oleh oleh YB. Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri di UTHM.

KERJASAMA IPRM DAN RELA NEGERI JOHOR

  • UTHM amat berterima kasih di atas sokongan padu di peringkat IPRM dan RELA Negeri Johor yang memberikan komitmen tinggi sehingga UTHM menjadi IPTA pertama menubuhkan RELA melalui Kokurikulum pelajar.
  • Diharapkan semoga komitmen ini dapat diteruskan dimasa-masa akan datang hendaknya.
  • Pihak RELA Negeri Johor telah menempatkan 3 kakitangan RELA sebagai jurulatih dan 2 orang membantu pentadbiran.

PELAKSANAAN DI UTHM

  • Mengikut Buku panduan RELA Siswa Siswi IPTA, yang diterbitkan secara bersama Bahagian Latihan IPRM dan Pusat Kokurikulum UTHM.
  • Anggota RELASIS UTHM yang telah dengan jayanya menamatkan kursus kokurikulum RELASIS akan diberikan sijil-sijil berikut:
 

RELASIS 1

Sijil Kursus Asas RELA (matlamat kursus : Memberi pendedahan asas RELA)

RELASIS 2

Sijil Kursus Ketua Platun (matlamat kursus : Memahami tugas dan tanggungjawab kepimpinan dalam pasukan RELA)

RELASIS 3

Sijil Kursus Platun Bantuan Khas RELA (matlamat kursus : Pendedahan Asas Aspek Teori dan Amali Kemahiran menyelamat dan Operasi Bantuan Khas Berasaskan Arahan Tetap (SOP) RELA

RELASIS 4

Sijil Kursus Operasi bantuan Bersepadu (matlamat kursus : Memberi pendedahan mengenai tugas, peranan an bidang kuasa dalam operasi bantuan khas khususnya cegah jenayah)

RELASIS 5

Sijil Kursus Ketua Perhubungan RELA (matlamat kursus : Membentuk keperibadian dan ciri-ciri kepimpinan Yang ideal dalam konteks seorang ketua)

RELASIS 6

Sijil Kursus Pengurusan Senjata Api (matlamat kursus : Memberi pendedahan mengenai undang-undang pengurusan dan pengendalian senjata api RELA)

       

Nota :

RELASIS 1 &2 – Kredit dapat dan wajib bagi pelajar untuk keperluan graduan.

RELASIS 3 – 6 - Kredit kira – tidak wajib untuk tujuan graduan .

 

TRANFORMASI RELA

Adalah menjadi satu hasrat Universiti untuk bersama-sama menyumbangkan pengelaman, idea dalam penyediaan sumber manusia membantu “TRANSFOM RELA” dan memperkasakan RELA MELALUI RELASIS. Sebagai pencetus semangat perpaduan dan integrasi antara kaum selaras dengan konsep Satu Malaysia yang digagaskan oleh YAB Perdana Menteri.